Kajian Sains Tentang Arak

 Hasil kajian sains tentang arak menyatakan :

Apabila badan kita mengesan kehadiran alkohol,secara automatik badan kita akan mengaktifkan sistem pertahanan tubuh bagi membaiki sel dan tisu yang telah rosak.

selain itu antara keburukan arak melalui kajian saintifik ialah :

1. Arak merosakkan mulut, tekak dan esofagus.



Ini adalah lubang masuk alkohol. Oleh kerana alkohol ini bertindak sebagai bahan kimia yang akan menyebabkan radang, kita akan merasakan seperti kesan terbakar apabila alkohol melalui organ-organ ini.
Rasa terbakar ini sebenarnya berpunca dari tisu-tisu kita yang sedang dirosakkan.

2. Arak merosakkan perut.


Apabila alkohol turun ke perut, sesetengahnya akan diserap ke dalam darah. Bagaimanapun ada yang akan tinggal di perut. Ini akan menyebabkan peningkatan nilai Ph dalam perut yang berubah ke arah keasidan serta merosakkan lapisan perlindungan dinding dalaman perut. Apabila alkohol sampai ke usus kecil, kandungan dalamnya akan merencatkan sistem penghadaman kita dan menghalang badan kita dari menyerap khasiat baik seperti thiamin, asid folik, vitamin B1 dan B12 serta asid amino.

3. Arak merosakkan jantung.



Dalam jangka masa pendek, alkohol akan menyebabkan radang paru-paru. Apabila minuman alkohol terus dijadikan amalan, ini akan mengganggu kadar jantung mengepam darah. Selain itu, yang lebih buruk lagi, ia boleh melarat kepada satu simptom yang dinamakan alcoholic cardiomyopathy, sejenis penyakit yang boleh menyebabkan jantung membesar tetapi tidak mampu mengepam darah dengan baik. Peminum arak juga mudah dihinggapi penyakit hipertensi, stress dan juga angin ahmar.

No comments:

Post a Comment

HOME

 MPU 23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM DITULIS OLEH : HADIHAIQAL BIN ROSLI (04DET20F1006) MUHAMMAD NURAFIQ DANIEL BIN ABDUL...