Ayat Al - Quran & Hadith

  Ayat Al - Quran

1.

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ (٢١٩)

Ertinya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. 

Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebihan dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.

( ayat 219 dari Surah al-Baqarah )


2.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَقْرَبُوا الصَّلاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلا جُنُبًا إِلا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا (٤٣)


Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

(ayat 43 dari Surah al-Nisa’)


3.

ا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٩٠)


Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

(ayat 90 dari Surah al-Maidah)


HADITH



1.

ومعتصرها وشاربها وحاملها والمحمولة إليه وساقيها وبائعها وآكل ثمنها والمشتري لها والمشتراة له

"Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa RasulalLah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:

عاصرها - orang yang memerah arak

معتصرها – orang yang diminta arak diperahkan untuknya

شاربها - orang yang meminumnya

حاملها – orang yang membawanya

المحمولة إليه - orang yang meminta dibawa arak kepadanya

ساقيها – orang yang memberi minum arak kepada orang lain

بائعها – orang yang menjual arak

آكل ثمنها – orang yang mendapat hasil daripada arak

المشتري لها – orang yang membeli arak

المشتراة له – orang yang meminta dibelikan arak untuknya

2.

كُلُّ شَرَابٍ أَسْكَرَ فَهُوَ حَرَامٌ

“Semua yang memabukkan adalah haram.” 

(Riwayat Bukhari (5263) dan Muslim (2001)


3.

مَا أَسْكَرَ كَثِيرُهُ فَقَلِيلُهُ حَرَامٌ

“Apa-apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit.”

(Kitab Sunan Ibnu Majah jl. 3, Kitab memabukkan, bab 30. hadis no. 3392)

No comments:

Post a Comment

HOME

 MPU 23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM DITULIS OLEH : HADIHAIQAL BIN ROSLI (04DET20F1006) MUHAMMAD NURAFIQ DANIEL BIN ABDUL...